THESSALONIKI, Greece 11 Julai – Beberapa kejadian puting beliung dan ribut taufan yang berlaku menyebabkan sekurang-kurangnya enam pelancong di utara Greece terkorban semalam.
Menurut polis, 30 lagi cedera apabila ribut kuat berserta angin kencang melanda wilayah Halkidiki berhampiran bandar Thessaloniki.
Siaran televisyen menunjukkan banyak kenderaan terbalik, pokok tumbang, bumbung rumah diterbangkan dan insiden tanah runtuh.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut saksi, ribut berkenaan berlaku selama 20 minit sebelum reda. – AFP











