LONDON – Arsenal mengesahkan bahawa Edu merupakan pengarah teknikal baharu kelab tersebut selepas bekas pertahanan tengah mereka itu meninggalkan peranannya bersama skuad kebangsaan Brazil.
Edu, 41, membuat penampilan 127 kali bersama The Gunners selama lima tahun di antara tahun 2000 dan 2005 diberi tanggungjawab untuk mencari bakat baharu untuk Arsenal.
“Arsenal sentiasa menjadi tempat istimewa dalam hati saya dan saya berasa teruja apabila kembali menyertai kelab ini dengan tugas baharu.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kami mempunyai skuad yang kuad serta bakat pemain muda yang menakjubkan. Saya tidak sabar untuk menyuntik elemen baharu ke dalam kelab ini,” katanya. – AGENSI











