KUALA TERENGGANU 14 Julai – Gara-gara melanggar rakan sekampung sehingga mati, seorang duda dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah melakukan perbuatan itu lima tahun lalu. Tertuduh, Azami Mohamad, 45, yang merupakan bapa kepada tiga anak hanya tersenyum sambil sesekali menoleh ke arah ibu-bapanya sewaktu Hakim Datuk Zainal Azman Ab. Aziz membuat keputusan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ketika hukuman dijatuhkan, Zainal Azman berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira semua keterangan yang telah direkodkan dan ia jelas menunjukkan tertuduh memang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya