Dua warga Myanmar ditahan palsukan kad UNHCR - Utusan Malaysia

Dua warga Myanmar ditahan palsukan kad UNHCR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Polis menumpaskan satu sindiket pemalsuan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) selepas menyerbu sebuah rumah di Simpang Empat Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 9 malam itu, dua lelaki warga Myanmar berketurunan Rohingya berusia 27 dan 50 tahun turut ditahan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pihaknya merampas sebanyak 42 keping kad UNHCR atas pelbagai nama yang disyaki palsu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, turut dirampas ialah 25 keping kad UNHCR tidak tercetak sepenuhnya.

“Polis turut merampas komputer riba, alat pencetak, telefon bimbit serta masing-masing dua keping lesen memandu dan kad perakuan nikah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek dipercayai menjalankan urusan membuat dan menjual kad UNHCR yang disyaki palsu dengan niat menipu.

“Polis akan membuat semakan pengesahan ketulenan rampasan kad disyaki palsu itu kepada Pejabat UNHCR di Kuala Lumpur selain menghantar barang kes kepada pihak forensik untuk dianalisis,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, kedua-dua suspek ditahan selama dua minggu bermula semalam di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.

Kes berkenaan disiasar mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini