KUALA LUMPUR 15 Julai – Dua lelaki warga Iran ditahan kerana disyaki aktif menjalankan aktiviti pengedaran dadah di sekitar ibu negara dalam serbuan di tempat letak kenderaan sebuah kondominium di Jalan Solaris, di sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kedua-dua suspek berusia 27 dan 46 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJK) Kuala Lumpur dalam sebuah kereta BMW pada pukul 7.40 malam. Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam sebuah kereta Mercedes-Benz berhampiran telah menemukan dadah jenis ketamin seberat 1,005 gram…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya