Dua lelaki dipenjara kerana merancang serangan terhadap polis - Utusan Malaysia

Dua lelaki dipenjara kerana merancang serangan terhadap polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARAJEVO – Dua lelaki berdepan hukuman penjara kerana terbabit dalam rancangan untuk menyerang polis. Maksim Bozic, 27 dan Edin Hastor, 46 masing-masing dihukum empat dan dua setengah tahun penjara selepas terbukti bersalah. Keputusan dibacakan hakim Andjelko Marijanovic. Bozic didakwa merancang untuk menyerang ibu pejabat polis di Sarajevo dan balai polis di Tuzla sejak April 2017. Beliau turut didapati menyimpan senjata api dan bom, termasuk tujuh bom tangan, senapang automatik dan lebih 400 peluru di kediamannya. Kesemua senjata berkenaan dirampas ketika kedua-dua suspek ditangkap pada tahun lepas.-AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN