PASIR MAS 31 Julai – Dua beranak nyaris maut selepas bangunan tiga tingkat yang diubah suai untuk dijadikan reban ayam di Kampung Cenerai, Alor Pasir dekat sini runtuh hari ini. Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, mangsa, Mohd. Zin Mohd Daud, 59, cedera parah sementara anaknya yang dikenali sebagai Awang, 30, hanya cedera ringan. Difahamkan ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan di dalam bangunan tersebut. Sementara itu,…










