PASIR MAS – Dua beranak hampir maut selepas bangunan setinggi tiga tingkat yang diubahsuai untuk dijadikan reban ayam runtuh dalam kejadian di Kampung Cenerai, Alor Pasir di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa Mohd. Zin Mohd Daud, 59, ( Gambar kecil) mengalami kecederaan parah sementara anaknya yang dikenali sebagai Awang, 30, hanya cedera ringan. Difahamkan, ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan di dalam bangunan tersebut.…










