KUALA LANGAT – Dua beradik ditemui rentung dalam sebuah bilik tidur selepas rumah mereka di Jalan Utama Kampung Indah Banting, di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Mayat kedua-dua mangsa, Nur Salsabila Mohd Fakrul Khair, 16, dan adiknya Nur Ain Sumayyah,13, ditemui kira-kira pukul 3 pagi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran berkenaan pada kira-kira pukul 2.48 pagi. Beliau berkata, sepasukan 17 anggota bersama pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dan Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya