ISTANBUL 26 Julai – Firma Turki boleh melabur atau menjalinkan perkongsian dengan rakan perniagaan tempatan dalam tiga sektor utama di Malaysia iaitu aeroangkasa, automotif serta jentera dan kelengkapan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata bagi sektor aeroangkasa, Malaysia menyasarkan untuk muncul sebagai negara aeroangkasa terkemuka di ASEAN dan memanfaatkan pasaran global pada 2030. “Berasaskan sasaran ini, kami telah mengenal pasti bidangnya seperti penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih selain pembuatan, penyepaduan sistem serta perkhidmatan kejuruteraan dan reka bentuk. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Turki dalam bidang seperti kejuruteraan pesawat,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya