LONDON – Bekas juara empat kali, Novak Djokovic mara ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Wimbledon buat kali ke-11 berturut-turut selepas menewaskan Denis Kudla dari Amerika Syarikat 6-3, 6-2, 6-2 awal pagi semalam. Pilihan utama kejohanan dari Serbia itu gembira dengan aksi konsisten ditunjukkannya walaupun pada masa sama merasakan dia mampu menampilkan prestasi yang lebih baik pada pusingan ketiga selepas ini. “Tumpuan 100 peratus dan konsisten permainan adalah salah satu kunci kejayaan sejak 10 tahun menyertai kejohanan bertaraf Grand Slam. “Saya sentiasa memberikan kualiti permainan terbaik untuk membolehkan kejayaan sebegini tercapai.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya