PARIS- Penyerang Belanda, Lieke Martens kini meletakkan harapan kepada pasukan perubatan untuk memastikan dirinya cergas menjelang final Piala Dunia Wanita 2019 menentang Amerika Syarikat, awal pagi Isnin ini. Bintang Barcelona itu hanya mampu bermain selama 45 minit ketika Belanda menewaskan Sweden 1-0 menerusi gol Jackie Groenen pada masa tambahan dalam aksi separuh akhir di Stadium Groupama, awal pagi tadi. Pemain berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan disebabkan rakan sepasukannya, Jill Roord, terpijak kakinya ketika meraikan jaringan kemenangannya ke atas Jepun dalam perlawanan peringkat 16 terbaik. “Sebagai pemain, anda sentiasa mahu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya