HIDAYAH merenung sepi ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan di hadapan kediamannya. Sekali-sekala, bibir mungilnya mengukir sekuntum senyuman hambar. Biarpun kadangkala wanita berusia 29 tahun ini mengaku sayu melihat dua orang anaknya membesar tanpa kasih sayang daripada seorang lelaki bergelar bapa, namun jauh di sudut hatinya dia bersyukur kerana masih mempunyai perniagaan. Sekurang-kurangnya, nasib kedua-dua puterinya terbela dan mereka tidak perlu hidup merempat memandangkan bekas suaminya itu langsung tidak memberikan nafkah. Setiap kali mengimbau kembali kenangan lalu, hatinya bagai dirobek. Mana tidaknya, lelaki yang selama ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya