Devan puas hati dengan prestasi pasukan - Utusan Malaysia

Devan puas hati dengan prestasi pasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Ketua jurulatih PJ City FC, K. Devan kagum dengan keseluruhan persembahan pasukan itu dalam kemunculan sulung mereka dalam kempen Liga Super musim ini yang berakhir semalam.

“Saya rasa pasukan kami beraksi dengan baik berbanding pasukan berpengalaman lain seperti PKNS FC dan Felda United.

“Jika anda lihat senarai kedudukan, saya amat bangga dengan pemain saya sebab kami berada di tempat keempat dari segi jaringan gol, kami mengekori di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT), Pahang dan Kedah,” kata Devan kepada pemberita selepas pasukannya mencatat kemenangan 1-0 ke atas PKNP FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Kelana Jaya, di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyerang Brazil, Washington Brandao muncul wira bagi pasukan tuan rumah apabila sepakan penaltinya pada minit ke-75 berjaya membawa PKNP FC melangkah ke Liga Perdana pada musim depan.

PKNP FC diturunkan ke Liga Perdana pada musim akan datang, selepas menamatkan kempen di tempat ke-11 daripada 12 pasukan dalam Liga Super dengan 16 mata, manakala PJ City FC kekal alam Liga Super selepas berkesudahan di tangga ke lapan dengan 26 mata.

Devan turut memuji anak buahnya yang merupakan gandingan pemain muda dengan yang berpengalaman apabila mereka berjaya melakukan kejutan untuk menundukkan kelab lebih terkemuka seperti JDT dalam musim ini.

Sementara itu, penolong ketua jurulatih PKNP FC,Chan Wing Hoong mengakui pemainnya tidak memberi persembahan terbaik, dan menambah, mereka kekurangan mentaliti juara.

“Tambahan pula, semangat pasukan penyerang kami untuk memburu gol tidak ada. Ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim juga beritahu saya beliau berasa kecewa dengan keputusan itu, dan saya mesti mengakui kami belum cukup bagus untuk bersaing dalam Liga Super.

“Sekarang terserahlah kepada pengurusan tertinggi PKNP FC untuk membuat keputusan, sama ada untuk membenarkan pemain bermain dalam Liga Premier atau membubarkannya,” kata bekas pemain kebangsaan itu. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini