DBKL roboh struktur tambahan, premis haram - Utusan Malaysia

DBKL roboh struktur tambahan, premis haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah merobohkan lapan struktur tambahan serta dua buah premis yang didirikan tanpa kebenaran dalam Operasi Roboh Struktur Haram, baru-baru ini.

DBKL dalam satu kenyataan memberitahu, operasi yang dilaksanakan di Jalan Walter Granier, Bukit Bintang itu mendapat kerjasama daripada pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad.

“Dalam operasi tersebut, pihak kami turut mengeluarkan notis akujanji di bawah kesalahan Seksyen 24, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kepada pemilik premis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka yang ingin menambah struktur dinasihatkan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan penguatkuasaan,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini