DAP Perak tidak campur tangan siasatan exco - Utusan Malaysia

DAP Perak tidak campur tangan siasatan exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK 11 Julai – DAP Perak tidak akan campur tangan dalam siasatan pihak berkuasa terhadap ahli exco kerajaan, Paul Yong Choo Kiong yang didakwa merogol pembantu rumah.

Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, DAP menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes itu.

“Kita komited kepada kedaulatan undang-udang jadi kita tak campuri proses siasatan. DAP sendiri telah tegaskan kita serah kepada pihak berkuasa, DAP tak campur soal itu,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau ditemui ketika ditemui selepas meninjau kawasan yang dikatakan tercemar akibat empangan yang rosak di Kampung Sungai Bagan Tiang di sini hari ini.

Mengenai desakan supaya Choo Kiong digantung daripada tugasnya, Abdul Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, perkara itu akan ditentukan kerajaan negeri.

Menurutnya, namun seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi tidak dihukum oleh mahkamah dan semua pihak tidak boleh mendahului pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan.

“Memandangkan Choo Kiong telah dibebaskan dengan jaminan polis dan beliau membuat kenyataan akan beri kerjasama dengan polis, jadi kita tunggu.

“Mengenai desakan supaya exco berkenaan digantung daripada tugasnya, itu soal perkara yang kerajaan negeri akan putuskan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini