Dadah : Polis ketatkan kawalan sempadan - Utusan Malaysia

Dadah : Polis ketatkan kawalan sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG 30 Julai – Kawalan sempadan Malaysia-Thailand terus diperketatkan bagi membanteras kemasukan dadah ke negeri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan Asisten Komisioner Mit Emong berkata, operasi yang bermula semalam sehingga 3 Ogos ini bagi memastikan tiada bekalan dadah baharu yang berjaya lolos masuk ke negeri ini.

“Kita mahu memastikan tiada lagi stok dadah baharu masuk ke negeri ini ketika serbuan dilakukan di kawasan yang telah dikenalpasti menjadi ‘lubuk’ dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita ambil serius aktiviti penyeludupan dadah, jadi sebab itulah kita sentiasa perketatkan kawasan sempadan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjuan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini hari ini.

Mit memberitahu, bagi memastikan kawasan sentiasa berada pada tahap terbaik pihaknya menjalinkan kerjasama dengan semua agensi penguatkuasa yang bertugas di sepanjang sempadan.

Katanya, bukan itu sahaja, pelbagai operasi membanteras dadah telah dilakukan dalam usaha mengekang kemasukan bahan terlarang tersebut.

“Pihak polis berterima kasih kepada masyarakat di sempadan yang banyak memberikan kerjasama dalam menyalurkan maklumat berkait pengedaran dadah.

“Maklumat tersebut banyak membantu polis dalam usaha membanteras kemasukan bahan terlarang itu ke negara ini. Kita harap jalinan kerjasama ini akan terus berkekalan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini