Cubaan seludup diesel, petrol gagal - Utusan Malaysia

Cubaan seludup diesel, petrol gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 12 Julai – Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat merampas 850 liter diesel dan 180 liter petrol selepas menahan enam pendatang asing tanpa izin warga Filipina dalam Op Bersepadu di kawasan perairan Batu Kudat, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten komisioner, Mohamad Pajeri Ali berkata, kesemua mereka ditahan di tiga lokasi berasingan di perairan Batu Mandi, Sikuati dan Simpang Mengayau.

“Selain rampasan minyak kita turut menemukan wang tunai sebanyak RM52,735 (657,500 Peso) dalam kesemua serbuan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil siasatan mendapati, minyak berkenaan dipercayai cuba diseludup keluar ke Filipina,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Pajeri, kesemua tahanan dan barang rampasan kemudiannya dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Kudat untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959 dan 1963 serta Akta Kawalan Bekalan 1961.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini