TIDAK dapat dinafikan, Bangi, Selangor merupakan syurga makanan bagi penduduk yang tinggal di kawasan sekitar mahupun luar. Banyak restoran dan kafe yang pelbagai konsep dibuka di kawasan itu. Grato Plus merupakan antara kafe yang terdapat di Bangi dan menjadi pilihan ramai. Pemilik Grato Plus, Durratul Hannani Shahrom berkata, 37,- kafe tersebut beroperasi sejak tahun 2013 lagi. Jelasnya, konsep makanan yang diperkenalkan oleh kafenya lebih kepada bercitarasakan Itali dan Barat. “Tidak…










