Chalet terbakar akibat disambar petir - Utusan Malaysia

Chalet terbakar akibat disambar petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Julai – Sebuah chalet di Taman Negara Similajau, Bintulu, Sarawak musnah selepas terlibat dalam kebakaran awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, chalet jenis separuh kekal itu terbakar dipercayai akibat disambar petir.

Memetik laporan portal Utusan Borneo, berikutan itu, sepasukan bomba dan penyelamat terdiri daripada tujuh anggota dan pegawai dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Mohamad Meramit dalam satu kenyataan memberitahu, setiba sahaja mereka di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati api sedang marak memusnahkan struktur bangunan jenis separuh kekal itu.

“Pihak kita telah menggunakan satu aliran air bagi memadam serta mengawal kebakaran.

“Selain itu, kerja-kerja pemadaman turut mengambil masa hampir setengah jam sebelum api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 6.35 pagi,” katanya di sini.

Tambah Mohamad, semasa kebakaran, chalet terbabit kosong dan tidak berpenghuni.

“Pihak pengurusan chalet mengesahkan chalet terbabit kali terakhir disewakan kepada orang ramai pada 30 Jun lalu.

“Siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengetahui anggaran kerugian serta punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini