Cermin diri sebelum mencari cinta - Utusan Malaysia

Cermin diri sebelum mencari cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ORANG tua selalu berpesan, ‘ukur baju di badan sendiri’ atau sinonim dengan kata-kata masyarakat kini ‘cermin diri dahulu’ yang bermaksud apa jua tindakan dan pilihan biarlah sesuai dengan kemampuan diri.

Pedoman

Hal ini termasuk dalam memilih pasangan bagi mendirikan rumah tangga. Walaupun tidak semua manusia mementingkan status dan kedudukan, namun, perlulah difikirkan masa depan bersama si dia dengan status jauh berbeza.

Sebagai contoh, bolehkah nanti dia hidup susah dengan kamu sedangkan sejak dari kecil tidak pernah memahami apa itu erti susah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Itu mungkin aspek kecil, bagaimana pula bagi kamu yang meminati seseorang kerana paras rupanya yang cantik, tampan dan menawan sedangkan kamu mungkin malu untuk membicarakan soal personaliti serta penampilan jika dibandingkan dengannya.

Tidak dinafikan, ada yang tidak cantik tetapi dijodohkan Allah SWT bertemu dengan pasangan tampan, begitu juga yang gemuk bertemu cinta dengan pasangan langsing. Itulah ketentuan-Nya.

Namun, jika disoroti kisah KEMBALI, terkadang mereka juga tidak menyangka bahawa itu jodoh mereka. Jadi, perlukan hanya berserah?

* SUMBER: Buku kuintai cinta di teratak cita-cita

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×