KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki cedera pada bahagian muka dan kepala selepas dibelasah dengan paip besi oleh dua lelaki tidak dikenalinya dalam kejadian dipercayai bermotifkan samun di Jalan Kampung Panchor, Teluk Kalong, Kemaman pada Jumaat lalu. Dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, mangsa berusia 22 tahun dalam perjalanan ke sebuah premis perniagaan di Telok Kalong di sini dengan memandu kereta Perodua Viva. Ketua Polis Daerah Kemaman, Asisten Komisioner Mohd.…










