Cantik tanpa produk - Utusan Malaysia

Cantik tanpa produk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

*Bagi mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata, potong timun dengan nipis dan tampal pada bahagian mata serta biarkan seketika. Anda juga boleh menggunakan teh uncang sebagai pengganti timun.

*Tumbuk buah keras sehingga halus. Campurkan sedikit air dan gaul. Sapu campuran itu pada bulu kening untuk mendapatkan bulu kening yang lebat.

*Untuk menghilangkan bau badan, potong limau purut dan perah sehingga kering. Campurkan air limau itu ke dalam air mandian. Daun limau purut pula boleh digosok pada bahagian ketiak untuk menghilangkan bau badan. Lakukan kaedah ini sekerap yang mungkin.

Memuatkan artikel berkaitan…

*Ambil sedikit madu, gaul madu tersebut dengan susu segar. Gosok campuran tersebut pada seluruh wajah kecuali bahagian mata dan bibir. Biarkan selama 10 hingga 15 minit sehingga krim itu kering dan keras. Cuci wajah sehingga bersih menggunakan air suam. Krim topeng muka ini sesuai bagi mereka yang memiliki kulit kering.

*Jika anda ingin memiliki wajah yang cerah, tegang dan licin, ambil putih telur dan sapu secara rapi pada seluruh wajah. Biarkan sehingga 15 minit supaya ia kering. Sejurus itu, cuci bersih wajah menggunakan air suam.

*Apabila berjalan jauh seperti balik kampung halaman atau melancong ke destinasi pelancongan, jangan risau jika anda terlupa membawa pencuci muka. Dapatkan sedikit mayonis dan oles pada seluruh wajah untuk menanggalkan kotoran serta solekan.

Cantik tanpa produk

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini