LOS ANGELES 5 Julai – California Selatan dilanda gempa bumi terkuat dalam tempoh dua dekad mengakibatkan kebakaran dan kerosakan pada kediaman penduduk. Lapor BBC, gempa sekuat 6.4 magnitud berpusat dekat bandar Ridgecrest, kira-kira 240 kilometer timur laut Los Angeles. Menurut bomba, mereka menyediakan bantuan perubatan dan memadam kebakaran di seluruh bandar itu. Penduduk dari Mojave Desert ke pantai Pasifik dilapor merasai gegaran itu yang berlaku ketika sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS). – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya