Bursa Malaysia rendah pada tengah hari - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia rendah pada tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – Saham-saham di Bursa Malaysia rendah pada akhir dagangan pagi, walaupun aktiviti pembelian bagi produk perindustrian dan sektor perkhidmatan agak menggalakkan.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.19 mata kepada 1,676.78 daripada 1,678.97 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks bergerak antara 1,675.97 dan 1,681.78 sepanjang sesi dagangan pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedudukan pasaran bagaimanapun positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 403 berbanding 297, manakala 390 kaunter tidak berubah, 758 tidak diniagakan dan 19 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.52 bilion saham bernilai RM968.04 juta.

Prestasi FBM KLCI tidak selari dengan prestasi bursa serantau yang menyaksikan Indeks Straits Times Singapura menokok 0.66 peratus kepada 3,362.63, Nikkei Jepun naik 0.47 peratus kepada 21,635.26 dan Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 1.17 peratus kepada 28,533.82.

Public Investment Bank Bhd dalam nota berkata Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat Jerome Powell dipetik sebagai berkata “ketidaktentuan mengenai unjuran telah meningkat dalam beberapa bulan kebelakangan ini dari segi ekonomi domestik”.

Ia turut menyediakan sedikit perlindungan kepada pembuat dasar untuk mengurangkan kadar sekurang-kurangnya sebanyak 25 mata asas pada akhir mesyuarat dasar selama dua hari mulai 30 Julai. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini