Bursa Malaysia kemuka pertanyaan UMA kepada Heitech Padu - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia kemuka pertanyaan UMA kepada Heitech Padu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Bursa Malaysia Securities Bhd. mengemukakan pertanyaan Aktiviti Pasaran Luar Biasa (UMA) kepada Heitech Padu Bhd. hari ini berhubung kenaikan ketara harga saham syarikat itu. Semasa pasaran ditutup hari ini, saham syarikat itu naik 30 sen kepada RM1.26, dengan 23.9 juta saham diniagakan. “Pelabur dinasihatkan supaya mengambil perhatian terhadap jawapan syarikat berhubung pertanyaan UMA, yang akan dipaparkan di laman web Bursa Malaysia di bawah pengumuman syarikat, apabila membuat keputusan tentang pelaburan mereka,” kata Bursa Malaysia dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN