Bursa Malaysia ditutup rendah - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Julai – Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui kaunter perkhidmatan kewangan berkaitan indeks.

Pada pukul 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 9.81 mata kepada 1,669.45 berbanding paras penutup 1,679.26 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka pada 1,681.03 dan bergerak antara paras 1,668.99 dan 1,682.04 sepanjang hari dagangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Naib Presiden Kanan (pelaburan) Asia Pasifik Phillip Capital Management, Datuk Dr. Nazri Khan Adam Khan berkata, pada masa hadapan beliau menjangka pasaran tempatan mencatatkan lantunan semula berikutan kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed).

“Tumpuan terarah kepada Pengerusi Fed yang meneruskan hari keduanya memberi keterangan di hadapan penggubal undang-undang Washington pada Khamis.

“Kami percaya hujah utama daripada keterangan beliau adalah amarannya kepada Kongres tentang ketidakpastian dalam ekonomi Amerika Syarikat yang meningkatkan lagi jangkaan pelabur bahawa Fed akan menurunkan kadarnya lewat bulan ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, keseluruhan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 453 berbanding 401 manakala 412 kaunter tidak berubah, 582 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini