Pada malam itu selepas solat Isyak Pak Muhammad Nor berbual-bual dengan isterinya Sharifah Zahirah. “Minggu depan Abi Halim akan belayar ke India..” isterinya mengangguk. Memang kedua-duanya sudah akur si anak itu akan bersekolah di Universiti Aligarh India. Dia akan menikmati pendidikan Islam di situ. Jika pelajarannya maju buat sampai menjadi dalam perubatan Islam yakni Homoepathy Islam. Itulah cita-citanya. Selepas 12 tahun meninggalkan Batu Sangkar Sumatera Barat Abi Halim sudah remaja. Isterinya dari keluarga Islam di Singapura nama lengkapnya Sharifah Zahirah Habib Osman. “Abang digelar Melayu sejati..” Pak Muhammad Nor mentap isterinya. “Mengapa pula dengan gelar itu? Yang menggelar masyarakat. Tapi aku masih tetap Melayu cintai bangsaku dan watanku..” si isteri dengan lembut memintas. ,”Yalah, kalau Abi Halim mau jadi pemimpin bangsa, agamanya mesti kuat, syariat dan dasar alQurannya. Sirah dan ikutannya terhadap junjungan Nabi kita..” Ya itu tak kubantah. Pahit-pahit darah anak kita kelak dia akan menjadi pemimpin umat di Semenanjung Tanah Melayu. Jawab sang suami. “Amiin..” Nama lengkap Abi Halim itu amatlah indahnya: Burhanuddin al-Hilmy. Dia dilahirkan di Kota Bharu Perak pada 24 Ogos 1911. Memanglah dia cergas dan dikenal pintar di kalangan rakan dan mahagurunya di Universiti Aligarh. Dia minati politik Islam dia mendekati politik Mahatma Ghandi dan selok belok politik Muhammad Ali Jinnah pemimpin Islam yang berjaya menubuhkan Negara Pakistan. Apa yang yang ditanggapinya tentang politik India dan Pakistan menjadi bekalnya sekembali ke tanah air kelak. Di Singapura dia diterima menjadi guru bahasa Arab di Madrasah AlJuneid. Pemuda yang sarat dengan idealisme dan cita-cita politik Islam ini cepat dihidu oleh penjajah Inggeris. Dr Burhanuddin dirapati oleh pemuda bersemangat nasionalisme kiri dari kalangan ahli parti PKMM. Burhanuddin menjadi ahli. PKMM yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakon mahu Malaya merdeka dalam Indonesia Raya. Inggeris cepat menangkap Dr Burhanuddin. Dia sempat merengkok dalam lokap semalam sebelum dijamin oleh keluarga AlSagoff. Apabila pecah perang Dunia kedua pihak PAS mencari pemimpin baru. Mereka meminta Dr Burhanuddin al-Hilmy menjadi Presiden. Dr Burhanuddin yang dikenal luas oleh masyarakat Islam di Singapura dan di Johor kerana pusat rawatan Islamnya bertambah lagi cemburu pihak Inggeris. Undang-undang dharurat 1948 menyebabkan Dr Burhanuddin al-Hilmy dipenjarakan bersama Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Sutan Djanain, dan Mustapha Hussain. Inggeris mengecapnya sebagai tokoh nasional Islam yang radikal. Dia mempunyai ilmu politik dari India dan Pakistan. Tapi gerak gerinya dalam hemah pemikir Islam. Kalau bersyarah tetap dalam kesederhanaan. Tapi dia tetap berpengaruh. Dr Burhanuddin al-Hilmy menjadi presiden PAS hingga 1969. Dia pernah mengkritik Istana Johor kerana menyalahgunakan kuasa. Dr Burhanuddin pernah memenangi kerusi Parlimen Besut Trengganu dalam pilihanraya 1959. PAS di bawah Dr Burhanuddin menyokong gerakan Trade Union yang anti-colonialism. Semangat kemelayuan dan keislaman beliau amatlah kukuh. Sebelum belajar di Aligarh ayahnya mengantar belaiu belajar ke Sumatera, kemudian ke Bagan Serai dan Al-Mashhur. Dia mengukiti tasawuf Naqsyabandiyah. Tapi dia tidak tertutup mindanya. Baginya insan itu sama sahaja kerana semuanya berasal daripada yang satu Nabi Adam A.S. sewaktu di Madrasah AlJuneid beliau menerbitkan majalah Taman Bahagia dia mengkritik Inggeris yang menganiayai bangsa Palestin. Imperialisme Inggeris dikutuknya. Inilah yang menyebabkan Dr Burhanuddin alHilmy masuk dalam senarai hitam Inggeris. Dia menafikan dirinya sebagai racsist. Dia menyuarakan keadilan. Walaupyn dia meninggal dalam usia 58 tahun (1969) DYMM Sultan Perak mengurniakan Darjah Paduka Cura Simanja Kini yang membawa gelar Datuk Seri pada 27 Nov. 2015. Tidak syak lagi Datuk Seri Dr Burhanuddin al-Hilmy adalah tokoh pemimpin kebangsaan Islami yang luarbiasa.