Bukan anak Eizlan Yusof terlibat kemalangan tetapi krew penggambaran - Utusan Malaysia

Bukan anak Eizlan Yusof terlibat kemalangan tetapi krew penggambaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Polis menafikan anak seorang pelakon terkenal terlibat dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Simpang 4 Parit Gambut, Sungai Besar di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8.20 pagi itu, kemalangan melibatkan krew penggambaran sebuah drama yang dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintenden Lim Chee Khoon berkata, kemalangan melibatkan kereta jenis Toyota Vios dinaiki dua wanita berusia 23 dan 43 tahun serta kereta jenis Proton Wira dipandu seorang tukang rumah lelaki berusia 48 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, siasatan awal pihaknya mendapati kereta Toyota Vios itu dalam perjalanan dari arah Sekinchan menuju ke Parit 12 Sungai Panjang manakala kereta Proton Wira dari arah Sungai Haji Dorani menuju ke Parit 16 Sungai Panjang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati Toyota Vios disyaki telah keluar simpang untuk melintas ke jalan di hadapannya.

“Namun pada masa sama, kereta Proton Wira dari arah jalan utama gagal mengelak lalu menyebabkan berlakunya pelanggaran,” katanya.

Jelas beliau, kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Peraturan 3(2)(B) LN166/59.

Terdahulu, tular di media sosial bahawa anak kepada pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof iaitu Zareef Yusof, 9, terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama Mak Cun musim kelima.

Memetik laporan sebuah portal, berita itu dikongsi oleh penerbit Erma Fatima yang sebelum itu ada memuat naik foto kejadian di Instagram miliknya.

Menurut Erma, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi itu, kereta Toyota Vios yang dipandu ibu saudaranya bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini