MUMBAI 12 Julai – Pasukan penyelamat menggunakan tangga, tali dan lampu halogen hari ini bagi mencari budak yang terjatuh ke dalam saliran terbuka berdekatan perumahan setinggan di Mumbai.
Ahli keluarga mangsa yang panik meminta bantuan selepas budak lelaki berusia setahun enam bulan itu hilang dari rumah pada Rabu lalu.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa terjatuh ke dalam saliran yang dipenuhi air daripada hujan monsun.
Memuatkan artikel berkaitan…
Penyelamat juga menggunakan jentera berat untuk meruntuhkan tembok sepanjang seksyen saliran pembetungan bawah tanah, menurut laporan laman web India Today.
Penduduk yang marah berhimpun di lokasi kejadian dan mengancam untuk menghalang jalan jika budak itu tidak ditemukan segera. – AFP











