GUA MUSANG 28 Julai – Seorang ibu tunggal sedih memikirkan nasib anak yang sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selepas terjatuh ketika menunggang basikal lajak. Ruzaini Bakar, 47, berkata, anaknya lelaki bongsunya, Muhammad Hassif Daneal Muhammad Sofian, 12, yang bakal mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemalangan itu berhampiran rumahnya di Taman Wangsa Mewangi di sini…