Bottas tempah petak utama di Silverstone - Utusan Malaysia

Bottas tempah petak utama di Silverstone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SILVERSTONE, United Kingdom – Valtteri Bottas akan memulakan perlumbaan Grand Prix Formula 1 Britain dari petak hadapan selepas dia mengetepikan rakan sepasukannya dalam Mercedes AMG Petronas yang juga pendahulu kejuaraan, Lewis Hamilton dengan hanya dipisahkan 0.006 saat pada kelayakan di Silverstone, hari ini.

Pemandu Ferrari, Charles Leclerc muncul sebagai pelumba ketiga terpantas, mengatasi pencabar dari Red Bull, Max Verstappen yang memenangi perlumbaan terakhir di Austria, dua minggu lalu.

Juara dunia empat kali, Sebastien Vettel dari Ferrari pula akan memulakan perlumbaan sebenar, esok di petak keenam. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini