GHAZNI – Bom kereta Taliban membunuh sekurang-kurangnya 12 orang dan ratusan yang cedera di timur Afghanistan, hari ini.
Kejadian tersebut berlaku ketika rundingan damai dilakukan bersama Amerika Syarikat (AS) dan wakil Afghanistan di Doha.
AS cuba menamatkan penglibatan mereka selama 18 tahun di Afghanistan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Jurucakap Gabenor Ghazni, Aref Noori berkata, serangan bom kereta itu menyasarkan unit perisikan.
Sementara itu, Jurucakap Kementerian Kesihatan, Wahidullah Mayar memberitahu, sebanyak 179 orang kebanyakan orang awam termasuk kanak-kanak tercedera. – AFP











