BN siap sedia dekati pengundi usia 18 tahun - Utusan Malaysia

BN siap sedia dekati pengundi usia 18 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Langkah menurunkan had usia mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun bakal memberi kesan kepada kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sehubungan itu BN perlu bersiap sedia dan mengatur strategi untuk mendekati serta menyakinkan golongan muda tersebut.

“BN perlu bersedia lebih awal bagi untuk mendekati dan meyakinkan anak-anak muda ini bagi memastikan mereka bersama kita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengundi dalam PRU-15 akan bertambah sebanyak 8 juta orang menjadi 22.5 juta orang. Ini angka yang besar. Kena fikir elok-elok,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Makkal Sakti Ke-11 di Nilai di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R.S Thanenthiran; Presiden Kongres India Muslim Malaysia, Datuk Seri Syed Ibrahim Kadir; Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker dan Pesuruhjaya Pas negeri, Rafiei Mustapha.

Dewan Rakyat pada 16 Julai lalu meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Rang undang-undang itu mendapat sokongan 211 ahli Parlimen sekali gus meraih majoriti lebih dua pertiga daripada 222 bilangan Ahli Dewan Rakyat untuk diluluskan tanpa sebarang pindaan.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO mendakwa Malaysia sedang berdepan ketidakstabilan ekonomi dan politik disebabkan negara ditadbir oleh sebuah kerajaan yang kerap bergaduh sesama mereka.

Kata beliau, malah sejak awal lagi parti-parti dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) bergabung dan membentuk kerajaan bagi memenuhi agenda masing-masing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini