Bila Exist 'tawan' Auditorium Perdana - Utusan Malaysia

Bila Exist ‘tawan’ Auditorium Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Semalam telah berlangsungnya konsert Mini Reunion kumpulan Exist di Auditorium Perdana Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Konsert yang menampilkan penyanyi asal, Mamat dan diikuti oleh Ezad Lazim dan Joey dan artis undangan, Black selain ahli kumpulan itu berjaya memukau ribuan penonton yang memenuhi segenap ruang auditorium tersebut.

Persembahan selama satu jam 40 minit itu memukau setiap hadirin tidak kira usia termasuk penonton di rumah malah jika dilihat dalam siaran tersebut mereka sanggup duduk di tangga bagi menyaksikan kumpulan kegemaran yang popular sejak 1992.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lagu Untukmu Ibu, Langkah Seiringan, Rahsia Pohon Cemara, Anugerah dan lain-lain antara yang popular pada era awal 90an menjadi siulan peminat kumpulan itu sehingga kini.

Menariknya, lagu-lagu tersebut turut diminati anak-anak muda walaupun mereka tidak lahir atau masih kecil pada zaman itu.

Pada zaman itu, lagu-lagu ‘slow rock’ menguasai arena industri muzik tanah air sekali gus mewujudkan beberapa kumpulan rock baharu membawa irama serupa.

Walaupun pada zaman ini anak-anak muda dihidangkan pelbagai irama moden namun, lagu berentak ‘slow rock’ atau lebih tepat rock kapak dan rock leleh tetap menjadi pilihan pendengar rakyat Malaysia.

Sekadar beberapa kumpulan yang berjaya menempa nama menerusi konsep irama tersebut seperti Ukays, Slam, Mega, New Boyz, Scoin, Arrow, Utama, Satria, Samudera dan beberapa kumpulan rock seangkatanya berjaya mewarnai industri muzik sepanjang tahun 1990an hingga awal 2000.

Melalui peredaran masa, beberapa stesen radio memilih lagu-lagu tersebut untuk diputarkan sebagai halwa telinga pendengar yang majoritinya berumur 35 hingga 50 tahun.

Terima kasih kepada penulis lirik yang menghasilkan lagu begitu dekat dihati peminat dan menjadi malar segar sehingga kini.

Bukan menafi lagu sekarang tidak bagus cuma bezanya bergantung kepada halwa telinga pendengar. Jika menarik perhatian ia boleh bertahan bertahun-tahun lamanya.

Terima kasih RTM kerana membawa nostalgia dengan membuat program sebegini yang secara tidak langsung mengembalikan kegemilangan stesen itu seperti era 1980an dan 1990an. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini