BHIC umum barisan lembaga pengarah baharu - Utusan Malaysia

BHIC umum barisan lembaga pengarah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) telah mengumumkan barisan Lembaga Pengarah yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.

BHIC dalam satu kenyataan memberitahu Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Datuk Ishak Osman dan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Datuk Azzat Kamaludin telah melepaskan jawatan mereka daripada kumpulan, berkuatkuasa hari ini.

Berikutan itu, pihak syarikat telah melantik Laksanama (B) Tan Sri Ramlan Mohamed Ali (R), Datuk Maznah Abdul Jalil dan Fahmy Ismail sebagai pengarah bukan bebas, bukan eksekutif.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia juga mengumumkan pelantikan Tan Sri Aziah Ali, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad dan Dr Salihin Abang sebagai pengarah bebas/bukan eksekutif.

“Kumpulan berbesar hati untuk memperkenalkan kepelbagaian yang lebih besar dalam lembaga pengarahnya, bukan sahaja daripada perspektif jantina, tetapi merangkumi keluasan pengalaman dan kelayakan profesional yang dibawa oleh mereka ke dalam Lembaga Pengarah ini,” katanya lagi. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini