PULAU PINANG 6 Julai – DAP berharap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad konsisten dengan pendirian sebelum ini untuk tidak menerima mana-mana pemimpin yang terlibat dalam rasuah atau skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi ahli parti tersebut. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, sebelum ini juga Bersatu pernah menerima kemasukan beberapa pemimpin daripada UMNO yang tidak terpalit dengan skandal 1MDB malah pemimpin berkenaan juga perlu…










