Bekas wartawan Utusan Malaysia meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas wartawan Utusan Malaysia meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Julai – Bekas wartawan Utusan Malaysia, Fauziah Hassan,67, meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang, dekat sini hari ini.

Suami Allahyarham, Hamzah Kassim, 68, berkata, Fauziah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4 petang akibat pendarahan dalam perut di sisi dia dan seorang anaknya.

Katanya, Fauziah yang menghidap penyakit kencing manis dimasukkan ke hospital itu sejak tengah malam Khamis lalu, selepas mengadu berada dalam keadaan lemah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Hamzah, kaki isterinya kemudian terpaksa dipotong sehingga ke bahagian atas paha, Jumaat lalu disebabkan kuman yang semakin merebak ke bahagian tersebut.

“Namun begitu, keadaan Fauziah tetap tidak berapa stabil dan beberapa hari kemudian doktor mendapati air kencingnya bercampur darah.

“Doktor melakukan beberapa rawatan termasuk endoskopi dan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) untuk mengesan punca sebenar. Kemudian, isteri saya terpaksa menerima dua kali pembedahan tetapi doktor mendapati bahagian dalaman perutnya mengalami pendarahan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Selain menjadi wartawan Utusan Malaysia, Allahyarham juga pernah bertugas di Majalah Saji terbitan Utusan Karya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Seri Gombak, Bukit Permata, Batu Caves, malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini