ALOR SETAR 22 Julai – Seorang bekas kakitangan sebuah universiti kekal didenda RM15,000 oleh Mahkamah Tinggi hari ini akibat menyebar gambar lucah bekas kekasih gelapnya yang juga isteri orang, empat tahun lalu. Hakim Abu Bakar Katar memutuskan demikian selepas menolak hukuman penjara yang dipohon pihak pendakwaan terhadap tertuduh, Syahzan Amir Endut, 45. Dalam penghakimannya, Abu Bakar berkata, mahkamah telah meneliti semua rekod rayuan serta menghalusi penghujahan bertulis dan berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen telah menimbangkan prinsip penghukuman secara betul dalam penghakimannya. “Hukuman penjara yang dipohon oleh pendakwaan tidak sesuai atas fakta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya