TEHERAN 16 Julai – Tiga bayi antara 13 yang terbunuh selepas sebuah bas mini yang dinaiki terhumban ke dalam gaung di wilayah Isfahan, tengah Iran, lapor agensi berita IRNA. Gabenor Khansar, Mansour Kamali berkata, kejadian berpunca daripada masalah brek ketika bas tersebut menuruni kawasan berbukit. “Seramai 10 orang dewasa dan tiga bayi terbunuh manakala sembilan lagi cedera,” katanya. Kemalangan berlaku antara Buin va Miandasht dan Khansar. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya