Baru sokong Anwar, Azmin kerana takut hilang jawatan - Utusan Malaysia

Baru sokong Anwar, Azmin kerana takut hilang jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Julai – Seorang pemimpin bahagian PKR Sarawak mendakwa pengerusi negeri parti itu, Baru Bian membuat kenyataan menyokong kedua-dua Presiden PKR, Datu Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana takut hilang jawatan.

Pemimpin itu yang enggan dikenali berkata, Baru mengubah nadanya selepas pada mulanya berkata beliau ‘tidak menandatangani apa-apa surat’.

“Baru takut hilang kawalan ke atas jawatan beliau. Ini kerana beliau takut hilang kedudukan dan kuasa di majlis kepemimpinan pusat parti,” kata pemimpin PKR tersebut seperti dipetik portal Free Malaysia Today.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau juga mendakwa sebilangan pemimpin PKR Sarawak tidak berpuas hati dengan pendirian asal Baru, yang menyaksikan parti itu berpecah berhubung kontroversi klip video seks sejenis yang melibatkan Mohamed Azmin.

Katanya, pihak yang mengetahui tentang surat berkenaan dan yang mungkin berpihak kepada Baru pada awalnya kini sedar bahawa mereka juga perlu menunjukkan sokongan kepada Azmin untuk menyelamatkan diri.

Beliau berkata, awal minggu ini wujud usaha bagi mendapatkan tanda tangan pemimpin bahagian supaya menyokong Anwar.

Katanya, beliau turut menandatangani surat itu yang tidak menyebut nama Mohamed Azmin.

Beliau berkata, namanya pada mulanya tidak dimasukkan dalam senarai yang dikeluarkan malam tadi.

“Oleh sebab kenyataan itu telah dibuat, saya tidak nampak kemungkinan mana-mana orang di Sarawak tidak menyuarakan sokongan kepada Anwar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini