Bahasa ketiga: Sekolah jadi model - Utusan Malaysia

Bahasa ketiga: Sekolah jadi model

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SEIRING kemajuan semasa, sudah tiba masa anak-anak kita dilengkapi bahasa ketiga di peringkat sekolah menengah. Sememangnya pelaksanaan ini akan membabitkan kos dari segi perjawatan, masa dan jadual waktu.

Disyorkan sebagai permulaan, Kementerian Pendidikan memilih sebuah sekolah bagi dijadikan pusat di sesebuah daerah dengan menawarkan pilihan bahasa ketiga.

Bahasa yang difikirkan sesuai selain Mandarin adalah Arab, Jepun, Perancis dan Jerman. Kesemua ini mempunyai merit dalam pasaran antarabangsa. Kita mahu akses yang lebih luas kepada para pelajar dalam aspek penguasaan bahasa. Penawaran ini boleh bersifat sebagai satu nilai tambah bagi pelajar yang berminat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Diharapkan dengan pelaksanaan program ini, ia mampu membentuk karakter pelajar yang lebih berkualiti dan mampu bersaing di pentas global.

MOHD. FIRDAUS
ABD. MUNIR
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Bentong, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini