Kalau diikutkan, pelakon bernama Azar Azmi ini mula mencuri perhatian penonton selepas dia membawakan watak Fatimah yang berwatak gila atau psiko dengan berkesan dalam drama Pujaan Hati Kanda bersama Mira Filzah dan Remy Ishak. Namun, lakonan wanita tinggi lampai berwajah manis ini mula menjadi magnet kepada penonton dan meniti daripada bibir ke bibir, selepas melakonkan watak seorang pelacur bernama Juita dalam drama Nur 2. Bahkan ada yang beranggapan, kehebatannya menghidupkan watak wanita penggoda itu mampu menepis lakonan barisan pendukung utama drama terbitan Radius One Sdn. Bhd. arahan pengarah terkenal, Shahrulezad…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya