MIRI 31 Julai – Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri menahan tiga lelaki termasuk dua remaja yang tidak bersekolah selepas menjual pelbagai jenis arak dan rokok seludup dalam dua serbuan di sekitar Taman Tunku di sini semalam. Dalam serbuan bermula kira-kira pukul 11.30 pagi itu pelbagai jenis arak serta rokok seludup bernilai RM408,715 dirampas. Pegawai Pemerintah Batalion ke-12 PGA Miri, Superintenden Tan Hiap Seng berkata, turut dirampas iaitu dua buah lori…