APMM tahan empat nelayan Myanmar - Utusan Malaysia

APMM tahan empat nelayan Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Keghairahan empat nelayan Rohingya menangkap ikan secara haram di perairan negara dengan menggunakan dua bot fiber berjaya disekat Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kertih dekat sini semalam.

Keempat-empat nelayan warga Myanmar yang memiliki kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) berusia dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun itu berjaya diberkas pasukan penguat kuasa APMM selang 13 minit bermula pada pukul 10 pagi.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, sebuah bot ronda APMM yang sedang bertugas telah diarahkan untuk membuat tinjauan selepas mendapat maklumat awam tentang kegiatan nelayan asing terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tinjauan itu telah menjumpai dua bot fiber yang dikendalikan empat nelayan asing terbabit sedang giat melakukan aktiviti penangkapan ikan kira-kira lima batu nautika daripada perairan Kertih dekat sini.

“Pemeriksaan mendapati kesemua suspek gagal mengemukakan lesen menangkap ikan daripada Jabatan Perikanan dan permit kerja yang sah,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Rashidilhadi berkata, kesemua bot fiber, peralatan menangkap ikan, hasil tangkapan dan minyak diesel daripada kedua-dua bot fiber yang bernilai keseluruhan kira-kira RM60,000 terbabit telah disita dan ditunda di Jeti Markas Maritim Kemaman, Kuala Kemaman dekat sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini