Anggota tentera AS terbunuh di Afghanistan - Utusan Malaysia

Anggota tentera AS terbunuh di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL 13 Julai – Seorang anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh dalam satu pertempuran di Afghanistan, hari ini, kata Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Dilaporkan, individu tersebut merupakan anggota tentera AS ke-10 yang terbunuh di Afghanistan tahun ini, berbanding 12 kematian yang direkodkan pada tahun lalu.

“Nama anggota tentera yang terbunuh dalam pertempuran itu tidak dapat didedahkan sehingga 24 jam, setelah selesai memaklumkan kepada keluarganya,” kata jurucakap misi ‘Resolute Support’ menerusi kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

NATO tidak memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai insiden tersebut yang mana kumpulan militan Taliban mengakui bertanggungjawab ke atas serangan itu. – AFP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini