KUALA LUMPUR – Anak syarikat UEM Edgenta Bhd., UEMS Solutions Pte. Ltd. meraih kontrak bernilai antara RM429.96 juta dan RM540.06 juta bagi penyediaan perkhidmatan sokongan hospital di Singapura. UEM Edgenta dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, anak syarikat yang dimiliki sebanyak 97.46 peratus itu akan menyediakan antara lain perkhidmatan mengemas dan angkat barang kepada hospital yang disusun semula oleh Kementerian Kesihatan Singapura. Katanya, nilai akhir kontrak itu tertakluk kepada sumber tenaga manusia sebenar digunakan. “Tempoh kontrak itu dari tiga hingga lima tahun dengan pilihan lanjutan dua hingga lima tahun lagi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya