LONDON – Jurulatih Manchester City, Pep Guardiola mencipta kejutan apabila ingin membawa masuk Dani Alves jika kelab tersebut menjual Danilo pada musim panas ini.
Alves, bebas ejen selepas meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) hampir menyertai City dua tahun lalu sebelum membuat pusingan ‘U’ di saat akhir dan menyarung jersi kelab Perancis itu.
Pemain berusia 36 tahun itu pernah bekerjasama dengan Guardiola di Barcelona dan Alves merupakan kapten Brazil ketika dia memenangi Copa America baru-baru ini. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











