Algeria mara ke separuh akhir - Utusan Malaysia

Algeria mara ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUEZ – Pasukan pilihan, Algeria melangkah ke separuh akhir Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) 2019 selepas menewaskan Ivory Coast 4-3 menerusi penentuan penalti di Stadium Suez awal pagi semalam.

Pada aksi suku akhir itu, Algeria terlebih dahulu di depan menerusi Sofiane Feghouli pada minit ke-20 sebelum Jonathan Kodjia menyamakan kedudukan selepas waktu rehat, sekali gus terikat 1-1 hingga tamat 120 minit permainan.

Jurulatih Algeria, Djamel Belmadi me­ngakui kemenangan itu merupakan sesuatu yang sangat berharga memandangkan lawan mereka menerapkan corak pertahanan yang cukup tersusun sehingga menyukarkan usaha menembusi kubu Ivory Coast.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perlawanan itu sangat sukar meman­dangkan Ivory Coast menampilkan aksi yang cukup kemas dan tersusun. Mereka hanya menunggu kami melakukan kesilapan sebelum melancarkan serangan balas ke arah benteng pertahanan kami.

“Meskipun menang, kami terpaksa membayar harga yang agak tinggi apabila Youcef Atal terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama kerana mengalami kecederaan bahu. Saya fikir insiden ini memberi kesan kepada pasukan kami nanti,” kata Belmadi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini