DUNGUN 25 Julai – Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd. Ramli cedera di betis dan tangan serta kerugian RM26,000 selepas menjadi mangsa samun seorang lelaki sejurus keluar dari sebuah bank di bandar ini hari ini. Wan Hassan, 62, mengalami kecederaan setelah bergelut dengan suspek yang meragut begnya di dalam kenderaan jenis Toyota Harrier milik wakil rakyat itu dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu. Beliau berkata, sejumlah wang itu dikeluarkan…